Assalamualaikum
15/2/14 : 1.40 a.m
sambil menunggu perut diisi alasannya ubat harus dimakan
sakit itu kafarah dosa...doakan saya semoga Allah mengampuni dosa-dosa saya yang banyaknya saya pun tak terkira...
wuuuu nanges hebat....petikan APG
sebut pasal APG ni (kita alih topik kejap ek)
saya pun tak faham kenapa semua orang nak kenal dengan APG ni...
hurmm rasanya tak perlu laa kita kenal siapa dia...dakwah dia melalui penulisan cukup berkesan bagi saya..tu mungkin cara dia untuk mengelak dari riak..so tak payahlah kita nak menyusahkan hidup kita dengan mencari siapaaa laaa pemilik blog APG ni...
tapi tu bukan part yang saya nak ambil dari APG ni...
partnya beginii dong...
petikan dari post Afiq Sazlan :
Sejak kebelakangan ini, nama Angel Pakai Gucci banyak muncul pada saya, haha!
Hendak menceritakan mengenai identiti beliau,
memang saya tidak dibenarkan.
Tetapi ada sesuatu yang saya boleh kongsikan, insyaAllah.
Iaitu, beliau adalah seorang yang sangat saya hormati kernaNya,
dan beliau adalah seorang yang selalu tak cukup tidur,
dan juga tak reti duduk diam.
Kejap ada dekat sini,
kejap ada dekat sana.
Macam mana dia boleh cari masa untuk menulis?
InsyaAllah ianya terletak pada keberkatan masa.
Semua orang ada masa yang sama,
hatta Rasulullah SAW dan para Sahabat juga.
Ulama'-ulama' yang tulis kitab-kitab,
para huffaz sekalian semuanya ada masa yang sama.
Tapi kenapa mereka boleh buat lebih daripada manusia biasa?
Keberkatan masa.
Allah permudahkan urusan mereka.
naah yang ini partnya...wuuu sangat terkesan deh
pernah rasa tak bila kita buat sesuatu perkara keduniaan dan lupa nak niat kerana Allah...kita akan rasa cepatnya masa berlalu...tak percaya
cuba pejam mata dan ingat balik bila waktu kita duk layan cerita-cerita kat tv..
movie2x yang tidak mendatangkan faedah langsung
masa tu kita akan rasa 'weh cepatnya,dah pukul bla bla'
pernah tak?
tapi cuba kalau kita guna masa tu untuk
contohnya ODOJ (one day one juzz)..
punyalah nak kejar masa ni takut waktu odoj nak tutup..
semua ahli tunggu kita update..
pasai apa lambat..?
err kelas pack..kelas pulak disalahkan,,padahal aku yang tak pandai manage masa...
tapi bila dah habiskan 1 juzz gedebuk..tengok jam..
eh tak sampai sejam..
see...keberkatan masa...
ni pengalaman saya
masa b4 join odoj ni saya hanya akan baca Quran tak pernah sampai satu juzz atas alasan nak kejar masa
tapi bila dah join odoj ni..tetiba rasa semangat plus komitmen tu ada,,
so time tu jugak saya mintak
Ya Allah beri aku waktu untuk aku odoj...odoj lillahi Taala
Alhamdulillah..saya tak pernah rasa odoj ni mengganggu jadual saya yang super pack ni -_-
kekadang tak sedar pun yang saya ni ada group odoj
even dalam demam pun Allah masih beri saya kekuatan
see!! kalau kita niat dengan betul kerana Allah...
betul nak beribadat kepadaNya
Allah akan beri kita masa tanpa kita sedar pun...
Sweetkan Allah... :)
so
lepas ni... bak tecer saya cakap
kalau kita nak buat baik buatlah kerana Allah..niat betul2x..
tak payah nak bimbang sangat pasal masa..
sama juga dengan komitmen kepada kelab/persatuan/usrah dan seangkatan dengan komitmen dan pengorbanan masa...
ada yang tak pergi meeting persatuan walhal dia tau tu untuk markah koko dan tanggungjawab dia sebagai student...
atas alasan saya buzy study...
usrah pula..dianggap sebagai membuang masa walhal tu adalah pengisian rohani...
aiyaa kita hidup di dunia ni kejap jer dan hidup kita bukan untuk kejar duniawi tapi ukhrawi...
Allah yang memberi keberkatan dalam setiap urusan kita..
kalau kita belajar lama mana pun tapi kalau Allah tak berkati apa yang kita belajar...
macam mana nak bercinta dengan soalan exam??
yaa kita boleh belajar tapi belum tentu kita boleh jawab kan?,,
yang menentukannya ialah Allah...
akhir kalam..
'serahkan hatimu hanya untuk Allah,pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik,,,
hamparkan masamu seluasnya untuk Allah,pasti Allah atukan kehidupanmu sebaiknya,,,
4 weeks to go....doakan saya diberi kekuatan olehNya untuk menghabiskan sisa2x asasi ni...