Thursday, 25 July 2013

A MEMOIR ON NUZUL QURAN

2 YEARS AGO
fon berdering...
Dengan mamai A  jawab fon tu..
'eh betul??accident?kat mana?pas tu?
Ak hanya mampu mendengar...ni mesti saufi
 A pandang aku?
kenapa?saufi ke?
A cuma mengiayakan
pas tu?camne?dia ok tak?
DIA DAH XDE,,,,,

N I SAID,,NO!!! SEMALAM DIA ADA LAGI...XMUNGKIN

Tuhan jer yang tahu,mahu rebah,nasib sempat dipegang..
dunia rasa gelap kejap
rasanya baru semalam kami ramai-ramai share cerita.
dan waktu tu,dia masih ada

saufi:eh nanti kalau aku ada anak,aku nak kasi anak aku kat are da...are da kan pandai kimia,aku nak anak aku pandai kimia
aku:laa lau macam tu kawen jer la dengan are da,
saufi:???

ko nak balik kan?so selamat pulang n selamat kembali ke maktab
alaa~~ tak kembali pon x pe...

dan sahabat kau pergi jua..masin betul mulut tu...
pada awalnya memang susah nak terima...
tapi bila tecer ani cakap
'tecer jeles kat arwah..,arwah meninggal hari nuzul quran'

lantas baru ku sedar,,,,kau meninggal di hari yang begitu mulia,,di bulan mulia...
sumpah aku jeles....
kita berkongsi satu bulan yang sama...
aku dilahirkan pada 24 ramadhan,,
dan kau dikembalikan pada pencipta pada 17 ramadhan.....
dan semoga suatu saat tiba masaku,,,
aku jua akan dikembalikan pada bulan aku dilahirkan iaitu Ramadhan :)
semoga roh mu ditempatkan di tempat orang yang beriman...
 AL-FATIHAH....


SEDIH??PENAT??LELAH??RASA NAK GIVE UP??..HURM...ALLAH KAN ADA :)

Assalamualaikum :)

seronok baca ni..so nak kongsi....

tengok bawah...jom baca :)


 Terkadang, 

Kita bersedih,

Gundah gulana,

Hati kita sesak,

Mendak,

Dengan beraneka masalah,

Bermacam karenah,

Kita lantas menggelabah,

Tak tentu arah,

Mencari solusi,

Di sana sini,

Aduhai lupakah kita..?

 Allah kan ada..?


 Terkadang,

 Kita kusut,

Serabut,

Dengan entah berbagai isu,

Pada siapa mahu mengadu,

Yang sudi meminjam bahu, 

Mendengar tanpa ragu,

Nak telefon Dr. Muhaya,

Belum tentu bisa bicara,

Mahu nasihat Fadzillah Kamsah,

Belum pasti diambil kisah,

Wahai jangan nestapa!

 Allah kan ada...?


 Terkadang,

 Kita hilang punca,

Menggila, 

Mendamba tangan membimbing,

Penuh kasih dan sayang,

Tanpa syarat,

Tanpa kompromi, 

Menuntun diri yang lemah,

Mengukuh jiwa yang goyah,

Kerana kita juga manusia,

Yang ada masa futurnya,

Duhai jangan merana,

Allah kan ada..? 


Terkadang, 

Kita merasa dunia,

Seisinya,

Menghimpit rapat,

Mengasak kuat, 

Hingga dada kita sempit,

Paha kita longlai,

Tangan kita gemalai,

Benarkah kita bekerja?

Atau kita sudah lupa,


Allah kan ada..? 

Macam pondan Jalan Teratai, 

Kita tidak lagi bermaya,

Layu dengan manusia,

Jangan kita alpa,

Allah kan ada..? 


Terkadang


Kita putus-asa,

Tidak bermaya,

Dengan perjuangan kita,

Obornya makin malap,

Baranya kian senyap,

Anak usrah alifbaataa,

Diri-sendiri semakin raksasa,

Tarbiyahnya entah ke mana,

Dakwahnya entah untuk siapa,

Andai kita lemah,


Iman kita goyah,

Jika jiwa kita futur,

Semangat menanti gugur,

Kira bara semangat memudar,

Menunggu ia kembali menyegar,

Tika hati semakin kelam,

Penuh dengan bintil hitam,

Kala ruh semakin semput,

 Jangan sampai malaikat menjemput.

Jangan kita lupa,


Jangan kita alpa,

Jangan kita leka..

Allah kan ada..?


"...sedang dia salah seorang daripada dua orang
 ketika kedua-duanya berada di dalam gua, ketika itu dia berkata kepada sahabatnya:
'Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama

kita.'"

 [at-Taubah, 9:40]

-gabbana-

kalau direnung balik,,setiap kali kita sedih mesti cari 

manusia dulu kan...

jom sama-sama ubah...

ngadu pada Allah aja,,,

ALLAH KAN ADA :)

HE ALWAYS BE ON YOUR SIDE...

EVEN THE WORLD SAY NO TO YOU..

Monday, 22 July 2013

A NICE STORY MORRY TO SHARE :)

Assalamualaikum,,hurm..hari ni nak kongsi satu cerita :)
Pengalaman menarik ustazah Fatimah Syarha menerusi kolum Remaja Majalah Solusi:
“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.
Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.
Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.
Yang Tertutup Itu Indah
Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”
Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.
Istimewa Bertudung Labuh
Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.
Dikejar Tebuan Tanah
Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.
Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.
Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.
Terlindung daripada Mata Mat Rempit
Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.
Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.
Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.
Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.
Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.
Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.
“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.
Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.
Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!
Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!
tudung-labuhMenyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut
Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.
Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.
Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?
ftimah syarha dan farhan hadiMendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh
Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.
Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.
Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.
Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.
Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat
Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.
#ku akui,,,tudung labuh ni memng banyak membantu,,,,dg tudung ni jugak Allah bantu aku untuk menjadi lebih baik,,,lebih-lebih lagi apabila berhubung dgn kaum Adam..diri ni dah mula rasa tidak selesa untuk mendekati kaum Adam ni...
buat teman maaf kalau nampak diri ni sombong,tapi sebenarnya aku tak selesa dgn kaum bernama Adam...
DOAKAN AKU UNTUK TERUS BERISTIQAMAH DI JALANNYA :)

Saturday, 20 July 2013

DUHAI HATI

Apakah hati ini telah menjauh dariMu??
Apakah nikmat itu telah kau tarik?
Sungguh hati ini sakit Ya ALLAH......

Ya Allah,

bibir ini rindu,
rindu untuk menyebut namaMu,
rindu untuk mengadu padaMU

Allah,

Telinga ini rindu,
rindu untuk mendengar alunan ayat chentaMu,
rindu untuk mendengar panggilanMu

Allah,

kaki ini rindu,
rindu untuk melangkah ke bulatan surgaMu'

Allah,

Mata ini rindu,
rindu untuk melihat kalimah suciMu

Allah,

DIRI ini rindu,
rindu untuk sujud kepadaMu
sambil hati ini merintih keampunan dan
keredhaanMu

Allah,

hati ini telah lama kering,
kering dari dibasahi 
air mata taubat
kepadaMu,

Ya Allah,

kembalikanlah,
kembalikanlah saat itu

Allah,

sungguh aku rindu,
rindu saat itu :(
~tinta hawani~

RAMADHAN........
terus berlalu dan berlalu.....
apakah masih perlu disiakan begitu saja??


Tuesday, 16 July 2013

NAK KELUAR KE TAK? HURM....

Usai solat asar,,,,aku terfikir,,,

Allah banyak nyer tugas n tanggungjawab yang perlu aku buat,,
dengan tugas sebagai pelajar lagi,tugas sebagai ahli prm lagi,,komitmen untuk kelab khidmat masyarakat lagi,,meeting tu meeting ini,,keje tu keje ni,,hurmm...,dugaan..
tetiba terdetik,,,hurm kalau aku tarik diri dari PRM?ilmu di dada x cukup untuk mentarbiyah orang
sambil tangan memegang tafsir,,tetiba terbukak hati nak bukak tafsir,,,
lantas mata terpandang

'Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan,menyuruh yang makruf,dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung'
3:104

Allah.............

dan mata ini terpandang lagi
ayat seterusnya
3:110
'Kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.Sekiranya ahli kitab beriman,tentulah itu yang lebih baik bagi mereka ada yang beriman.namun kebanyakan mereka adalah orang yang fasik'

3:111
'Mereka tidak membahayakan kamu,kecuali gangguan gangguan kecil saja, dan jika mereka memerangi kamu , niscaya mereka mundur berbalik ke belakang (kalah).Selanjuntya mereka tidak mendapat pertolongan'

Terpaku,,,sebak...
jika ini yang ditakdirkan,,aku teruskan :)

Dan alhamdulillah,,sesibuk mana aku,,,,segalanya dipermudahkan...

Aku yakin Allah akan sentiasa ada walau apa jua yang berlaku....jatuh bangun ku,,,aku tak kisah....akan aku hadapi jua,,,insya-Allah,,,,

Aku masih ingat lagi,,,waktu perkongsian yang lepas,,akak tu ada cerita,,,,dia juga macam aku,,sibuk,,dengan final exam lagi,,,dengan komitmen sebagai raisah lagi....
baru nak study,,mesti ada keje yang dia kena buat untuk PRM...
tapi dia yakin,,,satu hal yang membuat dia kekal dalam PRM..
Allah,,,,,
yang memberikan ilmu itu Allah,,yang akan membenarkan dia jawab exam juga Allah,,jika dia study bagai nak rak pun,,tapi kalau Allah tak nak kasi??? tak dek gunanya jugak kan??

Dan aku percaya kerana aku juga pernah melalui benda yang sama,,,,
Allah pernah tunjukkan pada aku pentingnya keberkatan ilmu itu sendiri,,aku pernah rasa macam mana result aku study macam orang gila sehingga tak jaga solat fardhu,,,,dengan result aku study dengan lebih teratur n santai tapi buat apa yang Allah suruh,,....dan result tu saaangaat berbeza.....aku percaya segalanya datang dari Allah,,
Cuba bayangkan..kononya esok nak exam,,kita belajar macam orang gila,,,stay up laa kononnya,,tapi solat subuh??terlepas??rasa-rasanya Allah nak kasi tak kita jawab exam dengan baik??hurm renung renungkanlah....

Kalau kita perhatikan para Hafiz n Hafizah belajar,,,,,macam mana mereka belajar sambil hafal Al Quran??

dan jangan terkejut jika mereka lebih senang menerima ilmu berbanding kita...

yang membenarkan kita memahami sesuatu ilmu itu Allah,yang membenarkan kita mengingati apa yang kita belajar juga datang dari Allah,,,dan yang bagi kita jawab exam pun Allah.....
Apa pun semua datang dari Allah....


IF THINGS DO NOT TURN AS WE WANT,PLEASE REMEMBER THAT THINGS ALWAYS AND ALWAYS TURN AS ALLAH'S PLAN..........

so keep calm n just carry on~~~~
Assalamualaikum :)

jangan lupa yer JAGA IMAN,JAGA TAQWA MU,JAGA SIKAP MU,,,

ramadhan ini,,,YUK DOUBLE AMALAN.  ;) .moga-moga dapat terus beristiqamah dengan ibadah yang kita buat untuk bulan2x seterunya,,jadikan ramadhan sebagai medan untuk kita latih diri....




Friday, 5 July 2013

Bulatan Surga Memanggil....



'Jadilah seperti ikan'
hah?wait ikan?maksudnya??
ikan walaupun ia hidup di lautan masin tapi isinya tetap tawar...:)
i was like..wow...tak pernah terfikir plak...
so situasinya sama seperti kita,,walau di mana kita dicampak tetapi jagalah iman dan taqwa kita,,,
jangan dibiar iman itu roboh dek anasir luar...

so cepat2x ku kongsi kepada orang-orang tersayang....

tengah shok study bio....heee  rajin tetiba ssebab ad quiz,,,,,

tetiba ringtone doraemon pun berbunyi,,,eh tecer reply mcj laa

'salam,.....tecer nak tanye kalau ...berminat nak join usrah kat p.alam.Tiada paksaan..just nak tanya kalau minat,,,'

tetiba sebak...Ya Allah setelah banyak majlis2x agama kat sini ak x dapat pergi dek komitmen n salah diri ni sb menangkan nafsu tidor waktu gap antara solat jumaat n next class....kau permudahkan aku dengan ini....

usrah??dah dekat 2 bulan aku tinggal.....yeay,,,usrah memanggil

'terus reply..'nak'!!

'betul ni?nak bukan maen2x atau saje2x tau'

ops lupa tecer x tau something.....


lepas terangkan,,,
tecer reply..
ni num akak yang bawa usrah kat p.alam..moga Allah permudahkan...:)

Alhamdulillah,,setelah hati ni nak hampir kering dek dah dekat 2 bulan x join usrah,,akhirnya,,,:)

petang tu,,habis jer kelas,,terus mcj akak tu,,katanya nt akan ada sorang akak yang akan text n bagi taw sal usrah ni.....mungkin ini barakah Ramadhan,,,,,yer Ramadhan kali ini ramadhan yg paling berbeza.......
Ya Allah panjangkanlah usia ini agar diri ni dapat merasai nikmat di bulan mulia yg akan menjelma nanti......








Tuesday, 2 July 2013

Besarnya Nikmat Ini





Allah.....
benarlah,,kalau kita betul-betul yakin dengan Allah..kita akan dapat apa yang kita mahu..
Awalnya masa melihat poster pendaftaran ahli baru untuk persatuan rakan masjid,,hati ni terdetik,'aku nak'
'tapi layakkah aku'.Dan kebetulan perjumpaan agung PRM berlaku pada waktu malam,dan malangnya aku ada kelas malam..:(
dibiarkan hal tu berlalu,walhal dalam hati 'mybe diri ni tak layak'
Selang beberapa hari.sewaktu aku sibuk bertanya soalan math kat housemate kawan aku,dia tetiba cakap..nt kita ada perjumpaa PRM kul 3 ptg...
terus menyampuk'persatuan rakan masjid erk?
Yup..nak join ker?..lam hati waaah....
nak...er tapi masa perjumpaan tu ada apa?
'erm entah laa ...kita pun tak tahu,,first time nak pegi,,,dia buat cam usrah...
usrah???terbayang suasana usrah kat masjid hadhari,,,rindu.....
sampai2x..eh ada laki jugak ker?
oh okey,,masuk then daftar,,,,,tick sukan sb minat sukan..:)tapi tak tahu apa tujuan aku kena pilik skop yang paling aku minat..
Ada banyak perkongsian hari tu,,salah satu
kena set balik kenapa kita menuntu ilmu?mesti kerana Allah,lepas tu bagaimana belajar seperti tokoh2x islam dulu,,,
sayangnyer,,dah banyak lupa..
ok laaa,,,nak dijadikan cerita,,di akhir perjumpaan,,ada pembahagian biro,,tup2x nama kat bawah biro sukan..alamak?
ok duduk dalam biro,,mix,,,,rupanya kami ada tugas
tugas kami ialah untuk mengadakan 2 aktiviti sukan setiap bulan,,satu untuk kampus,,1 untuk ahli PRM..
kami kena perkenalkan bagaimana sukan dalam islam,,,,
lam hati,,,'Ya Allah,,aku baru bertatih,,,tapi dah diberi tanggungjawab sebesar ini?..Mampukah aku,,tanpa terduga ,,,apa yang aku inginkan,,untuk jadi ahli PRM tercapai...ALHAMDULILLAH..besar tanggungjawab ni.......things do not turn out as we want,,,but it always n always turn out as Allah plans...-inhe gabanna....




Kelab Khidmat Masyarakat
Okey petang nt ada pendaftaran untuk koko,,,AKU NAK MASUK KELAB NI,Ya Allah bantu laah aku,,
dah lame diri ni nak sangat join khidmat masyarakat,,teringin nak ke rumah anak yatim...
so,dgn yakin nya aku hanya hafal tempat perjumpaan untuk kelab khidmat masyarakat,walhal,,kalau terlalu ramai nanti lecture tak terima,,so berebut laa untuk tulis nama,,Alhamduillah,,sekali lagi Allah permudahkan..
Nak dijadikan cerita,aku ni berada di bawah lecture perempuan,tapi tersilap pergi perjumpaan,,so nak tak nak aku masuk laa bawah lecture lelaki,,hee nasib lecture terima,,,haish,,,,
dan aktiviti terdekat ialah sambutan hari raya bersama anak yatim..:)
see apa yang kita mahu,,Allah tunaikan,,alhamdulillah~~yang penting kita kena yakin:)
#minggu lepas dah pergi survey rumah anak yatim tu.....cantik tempatnya,,tp melihat kekurangan mereka membuat diri ini bersyukur kerana dikurniakan ibu n ayah yang sangat sayangkan kami adik beradiik terima kasih Tuhan,,,


6 hari lagi ramadhan,,,edit diri,,bersihkan jiwa untuk melangkah ke bulan mulia ni,,semoga ramadhan tahun ini lagi bermakan,,jom tambah amal,,,

ASSALAMU'ALAIKUM....