Wednesday, 15 April 2015

KENAPA?

KENAPA?

DALAM TAWA  MASIH ADA KESUNYIAN

DALAM SENYUM MASIH ADA SAKIT

DALAM TENANG MASIH ADA KERESAHAN

JAWAB HATI

KERANA DIRI BELUM CUKUP MENGINGATI

SANG PENCIPTA

DUHAI IMAN DI HATI

KUATKANLAH DIRI

UNTUK MELAWAN KEJAHATAN NAFSU

YG BISA MEMBAWA MURKA

KEKASIH HATI

DUHAI DIRI

JANGAN PERNAH BERHENTI UNTUK BERLARI

MESKI JASAD SUDAH TIDAK BERMAYA LAGI

YAKINLAH

SEKALI TERSUNGKUR

BUKAN BEERTI

DIRI MU TIDAK LAYAK

MENCINTAI SANG PENCIPTA

KERANA DIA

TUHAN YANG MAHA PENYAYANG LAGI MAHA PENGASIH



TINTA HAWANI
12 : 44 A.M
16/4/2015

Thursday, 9 April 2015

OT :)

Bismillah...

Rasanya dah lame aku tak tulis blog

dah masuk sem 2 degree in OT dan pun.

Buzy mungkin or minat ak lebih kepada puisi luahan hati versi ak dari menulis.

Teringin sangat nk update pasal dunia aku sebagai student OT.

Tapi,apakan daya..mood tak mai :P

Walau apapun,dunia ni sangat mencabar,sangat seronok dan banyak buat ak berfikir dan muhasabah

diri.

Lebih2x lagi sekarang aku dah start jaga patient kat klinik OT, tujuan dia supaya aku lebih

 senang nk hafal n faham clinical sign untk pediatrics punyer subjek.

Bayangkan kita lalui minggu yang agak penat,dan penat tu slowly hilang bila aku masuk 

klinik OT 

tu,.....sebab...kat sana aku dapat lihat anak2x syurga...

insan2x yg terpilih untuk menerima ujian dari pencipta

haa mesti korang tak faham kan..

dalam erti sebenar,mana ada ibu yg nak anak mereka lahir dalam keadaan tidak sempurna kan?

tapi ibu2x ini..subhanallah..diorang sangat tabah,sangat penyayang

dan aku suka bila tengok geng2x ibu ni berkumpul lam klinik OT tu.

Nampak diorang sharing cerita pasal improvement anak diorang,share tips dan semangat.

walaupun klinik tu di kelilingi anak2x autism,down syndrome,cerebral palsy

tapi aku bahagia dan jelous sebab mereka anak2x syurga,saham ibu dan ayah 

diorang.Tabahlah ibu2x di luar sana,diorang mungkin tidak sempurna fizikal...tapi diorang 

suci dari dosa.

Lagi bahagia bila aku dapat lihat improvement diorang,lagi bahagia bila lihat ibu2x yg 

sangat teruja 

bila diorang cerita pasal improvement anak2x syurga diorang.

Semangat untuk belajar tu tetiba datang...

mana tak nyer,kalau engineer..korang bermain dengan mesin

tapi kami bermain dengan nyawa dan harapan ibu ayah anak2x syurga ni..