Monday, 17 June 2013

AL FATIHAH BUAT ARWAH 1995-2011

Assalamualaikum
hurm..sebenarnya aku tengah study..
tapi...entah laa
minggu ni dah 3 kali aku teringatkan arwah saufi
mungkin dengan menulis boleh hilang koot
Allah..tabahkan laah hati ni..
mungkin Ramadhan dah dekat,kebetulan pulak sekarang tengah belajar bab balancing equation untuk subjek chemistry..
arwah meninggal pada bulan ramadhan...orangnyer saaangat baik,sangat menghormati orang laen.
entah laa..aku pun tak tahu apa nak tulis.....
kenapa chemist?setiap kali nak balance,mesti ingat bagaimana cara arwah balance,,
mesti terngiang cara arwah ajar..
masuk ramadhan ni,dah 2 tahun arwah meninggalkan kami..

'ko nak balik,so selamat tinggal n selamat kembali ke maktab balik ok"
'alaah tak kembali pun tak pe'

huh,ayat terakhir arwah,,,tak akan pernah aku lupa sampai bila2x
semoga kau sahabat tenang di sana..
dan setiap yang hidup itu akan menemui mati,,,mungkin itu giliranmu?
giliran kami di sini??
hanya Allah yang tahu,,,,
huuuuuuuuh
okey sambung study,,:)






                                              -Al Fatihah buat arwah saufi bin hanif-
                                                        1995-Ramadhan2011
                                semoga kamu ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
Dan semoga ramadhan kali ini memberi makna buat semua:)
salam syaaban.......

Friday, 14 June 2013

UJIAN ITU APA??



first week aku dah start kelam kabut....hurm.macam ada yang tak kena...yer memang ada....
mula2x hilang gambar pasport,,dah laa banyak,,,tp hati ni tenang lagi
jumpa gampar passport,eh hilang borang asrama la pulak,ok masih tenang
bila aku da jumpa borang tu,eh hari yang sama saat yang sama hilang buku math plak,,,,tenang plus gelabah cikit...

tapi masih berharap yang buku tu masih ada sebab aku da tak sanggup nak beratur panjang semata-mata untuk sebijik buku,,heee,,pemalas nampak.:)
malam tu macam biasa lepas solat isyak apa lagi al-mulk laa,,,aku nekad nak jadikan Al-mulk sebagai amalan harian...terima kasih tumpat sebab buat saya hafal Al-mulk.
Kalau boleh biar laa surah ni terus dalam ingatan ni.Dan amat berbaloi hafal Al-mulk sebab ada assigment hafal Al-mulk dan penerangan ayat Al-mulk,,,

lepas baca Al-mulk,aku bukak la almari pakaian tercinta,al maklum kelas sampai malam,masa ni jer berkesempatan nak ukak almari.
Eh ada buku math laa,,,alhamdulillah,,,terima kasih...
rupanya masa kemas almari ai tu aku tak perasan yang aku da tersimpan sekali dengan buku math..hurm macam mana boleh berlaku tu yerr,,,

bagi yang baca memang aneh,tapi bagi Aku,,hurm memang dah biasa macam ni,,barang hilang n jumpa balik...mungkin ini cara Allah nak latih aku supaya sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.
ingat ayat tecer dulu,masa tu aku tengah sedih sangat-sangat,rasa cam ujian Allah tu tak tertahan nak galas,,3 bula berturut-turut ujian datang tanpa henti,,,fed up pun ada,,,

'SETIAP UJIAN YANG ALLAH BERI ITU ADA HIKMAHNYA,DAN APA YANG KITA LALUI HARI INI IALAH PERSEDIAAN UNTUK KITA MENGHADAPI UJIAN YANG LEBIH BESAR PADA HARI ESOK'

lebih kurang laa isinyer,,,aku pun dah lupa ayt full,,,hehe
now i believe

EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON.
dan Allah tidak akan uji kita lebih dari kemampuan kita....
jadi jangan la sedih sangat bila ada masalah,just be cool n enjoy...cari apa hikmah dan apa yang Allah nak kita belajar dari ujian tu okeh....:)
Allah x beri apa yang kita minta,tapi Allah beri apa yang kita perlukan.Biarlah masa berjalan seadanya
adios n assalamualaikum


Tuesday, 11 June 2013

KULIAH OH KULIAH...

Alhamdulillah masuk hari ni,dah hari kedua.PENAT??
YA MEMANG!!...
tapi ini lah jihad ku,,:)
terima lah seadanya,Allah dah pilih aku untuk berada di jalan ini.
Rupanya ada hikmah kenapa aku kena jalan jauh semata-mata untuk air waktu di maktab dulu.Nah rupanya persediaan untuk aku memanjat tangga PALAM,,,.
Alhamdulillah  jugak sebab dapat group yang agak happening n baik2x.
Kuliah alhamdulillah setakat ni oke lagi laa.Masih boleh tangkap n lau tak faham akan ada kawan yang baik nak tolong kasi notes n terangkan apa yang aku tak faham.Hopefully everything is gonna be ok..:)
ok la ni yang paling pendek rasanya,ni pun dah malam..hehehe,,sempat lagi tulis blog.Alang2x esok ada satu kelas jer,tu pun lab,leture just bagi briefing jer la.Al maklum lah ni first week.Bila dah ber week2x,erm x derk maknanyer nak ber blog ni..

TARAAA,,,ni laa jadual aku untuk 2 minggu ni.And 2 minggu ni jer ada kelas sampai malam.Alhamdulillah,nanti tukar jadual...weeeeee...
Akhir kata(ceeh~~~ cam bagi ucapan daah)...
ASSALAMUALAIKUM N GUD NIGHT!!
Oh ya sebelum lupa,ni kaan dah masuk bulan syaaban,banyak2x kan lah berdoa agar umur kita diberkati n dipanjangkan agar dapat merasa nikmat di bulan Ramadhan nanti..:)

Sunday, 9 June 2013

RINDU NYER BUMI TUMPAT



Betul la manusia tidak pernah nak menghargai apa yang ada di depan mata melainkan apabila sudah kehilangannya.
huh..
duduk kat tumpat rindu besut,duduk dekat puncak alam.rindu tumpat plak.
mana satu ni.
First2x sampai sini aku rase cam tergesa-gesa jer,cam takut jer,cam busy sangat.Sebijik cam rase bila duduk tumpat dulu.
Lebih-lebih lagi kalau time nak maghrib,rase laen sangat.,Macam terdengar dengar warden2x panggil suh turun surau,Subuh lagi la.Tapi
bila pandang kat luar tingkap,baru aku sedar yang aku dah tinggalkan bumi tumpat.Now i'm at palam.
ku tersenyum sendiri.Lepas tu ape lagi,mesti sebak.Oh rindu nyer saat tu.Manis nyer gotong royong bersama,mansnya prep petang n malam,lagi manis time kena denda sebab tak turun n lewat ke surau.Haish,orang laen homesick,tapi ak hostel sick plak.Mungkin sebab ramai yang aku sayang ada kat tumpat.Rindu nyer kat cikgu2x tumpat memang tak terkata.





Dear tecer/cikgu/ustazah/madam
maaf jika saya tidak bertanya khabar,maaf jika kelihatan seperti diri ini melupakan sikgu2x sekalian.Tapi ingatlah,saya tidak pernah lupa cikgu dalam doa.Hanya doa yang mampu saya titipkan.Sungguh budi baik cikgu tak dapat saya balas.:(
Buat teman pula,
Mungkin aku ini sedikit annoying tp ingatlah,doa ku mengiringi kalian semua.Sengaja bersikap begitu agarr suatu saat kita terpisah nanti xderk la krang sedih sangat,,ceh~~
poyo plak...
okey hidup mesti diteruskan,kelas dah start esok...
kena prepare ape yang perlu
Assalamualaikum..:)
Doakan saya esok yer,,,semoga semuanya berjalan dengan lancar,,,fuuh...excited ni,,,:)

Saturday, 8 June 2013

ERTI SAHABAT YANG SEBENAR

Assalamualaikum





sahabat,



Kerana sahabat aku lalai dan kerana sahabat jua aku kembali kepadaNya.
Terima kasih kerna tidak pernah meninggalkan aku meski aku sudah jauh meninggalkanmu sahabat.Terima kasih kerana sudi ajak aku pegi usrah,terima kasih kerana ajar aku untuk menutup aurat dengan sebetulnya.Terima kasih kerana sudi bimbing aku.Sungguh aku tak pernah menduga semua ini akan terjadi.Terima kasih sahabat kerana tak putus2x menasihati diri ini.



Segalanya bermula apabila berhijrah ke bumi tumpat,guru?hurm bukan sekadar guru,tapi dia jua sahabat di bumi tumpat.Dia lah yang banyak tolong aku.Menyedarkan diri ini bahawa kita hidup di dunia bukan semata-mata untuk  mengejar kejayaan dunia,bukan untuk sekadar mengukir nama di puncak dan bukan jua untuk mengejar bilangan A dalam peperiksaan.Tapi ia sebuah kehidupan,kehidupan mencari redha Allah.Dia jua la yang sudi menghadiahkan tafsir ku yang hilang.Dia jua lah yang selalu menekankan pentingnya Al-mathurat dalam kehidupan.Dia jua la yang selalu memberi nasihat n mengajar ku apa itu erti sebenar islam.Terima kasih tecer :)


thanx sb perkenalkan blog ni...


Muallaf??Kekaguman ku padanya yang sudi memeluk islam membuat diri tergamam??aku yang islam x pernah berusaha mencari apa itu erti islam sebenar.Tapi dia??Begitu dahaga mencari islam.Ujian demi ujian mendatang saat dirinya memeluk islam,tapi dia??tetap berpegang teguh dengan islam.
aku mase tu??hurm...
thanx 4 d video..:)


pulang dari bumi tumpat,Sahabatku tidah henti2x mengajaku ke usrah,banyak yang ku pelajari.Rupanya mendampingi orang2x yang solehah ini begitu membahagiakan.Banyak yang dikongsi,nasihat2x x henti2x diberi.Terima kasih..:)

Utube??
hurm....
pada awalnya cuma suka2x untuk mencari tutorial tudung,tp laen pula yang ku temui..ku temu sebuah video yang berjaya menyentap hati ini,,,

dan mereka lah sahabat sebenar...

"Manusia mungkin benci dan cerca. Manusia mungkin caci dan hina. Tapi Allah ada. Dia tetap sayang dan chenta. Dia tetap nanti untuk kita kembali semula. Berubahlah, Dia pasti akan gembira."

[Inche gabbana, 2013]

'...Bila kamu mendekati Aku satu jengkal,Aku mendekatimu satu hasta.Bila kamu  mendekati Aku satu hasta,Aku mendekatimu satu depa.Bila kamu datang kepada-Ku dengan berjalan kaki,Aku datang kepadamu berlari-lari'
hadith riwayat Bukhari







Friday, 7 June 2013

MINGGU DESTINI SISWA MASA UNTUK MUHASABAH DIRI


MDS aku tak suka MDS!!
melampau bunyi nyer kan?
Jangan marah ok abang2x and akak2x fasi..:)
sepanjang minggu MDS tekanan sememangnya dapat kami rasakan
lebih2x lagi apabila jam biology kami terganggu.
Yelaa sesiapa pun akan merasa tekanan
apabila rutin tidur harian yang kebiasaannya 6-7 jam sehari
tetiba berubah kepada 2-3 jam sehari.
tambahan pula apabila segalanya peru dilakukan secara pantas,
makan minum,solat dan sebagainya.
Arahan sentiasa diberi setiap masa.
Ramai yang mengeluh itu dan ini.
Tiba2x ak terfikir
selama 6 bulan aku tanam anggur kat rumah,
aku bebas melakukan apa sahaja,
Tapi di minggu MDS segalanya diatur  dan diarah,
ERR... apatah lagi akak2x n abang2x fasi agak garang..ngeee~~....xde lah...gurau jerr
Dalam sekelip mata Allah menarik sedikit nikmat kelapangan masa yang pernah ak ada.
Jika sebelum ini jarang sekali kita mingucap syukur di atas nikmat kelapangan masa yang kita ada bukan?
pernah tak kita ucap alhamdulillah kerana dapat tidur dengan secukupnya?
haa tu baru bab tidur.
Macam mane pulak dengan makan?solat?waktu lapang?waktu senang?dan sewaktunya dengan nya.
Terasa diri ni jahil apabila sedikit sahaja nikmat itu ditarik,
aku sudah mula mengeluh..cepat2x ku istighfar kerna
mengeluh???Bukanlah sesuatu yang  baik ok..

Kalau boleh..setiap kali rasa nak mengeluh tu...kita tukarkan dengan...ayat...Astagfirullaalazim...MasyaAllah...Allahuakhbar...Tukarkan dengan ayat zikir nama Allah..itu lebih baik dan sedap telinga mendengar tau...

Mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasib orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang
yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
 
dipetik dari : http://www.silampuneon.com/2013/01/allah-melarang-hambanya-mengeluh.html
 Jadi di kesempatan ini ingin ku susun sepuluh jari (ceeh~~ macam raya dah plak)
nak mintak maaf di atas segala kesalahan yang saya lakukan secara sengaja atau tidak sengaja kepada abang2x n akak2x fasi MDS ASASI SAINS PUNCAK ALAM JUN 2013,serta sahabat-sahabat seperjuangan ASASI SAINS N ASASI KEJURUTERAAN UITM PUNCAK ALAM sesi 2013/2014.
acctually nak letak lirik lagu,erm tapi x pe laa...
saya x ingat..
nanti ada masa saya update balik ok:)
Assalamualaikum
SELAMAT MAJU JAYA SEMUA..












Wednesday, 5 June 2013

Welcome To UiTM Puncak Alam 2013

2 Jun 2013,
hari yang ditunggu telah tiba,ak dan kawan ku dengan rasminya bergelar mahasiswi uitm,
alhamdulillah,ni nak citer sikit pasal flow pendaftran,
mungkin dapat membantu adik2x nt ok,ai tu ak hanya perlu mendaftar untk kolej kediaman sahaja,
alahai sedih nya hati sb xdapat sebilik dgn kawan,
ok kat sini nk pesan awal2x,kalau korang nk sebilik dgn kawan baik,
nt time daftar maklum awal2x kt org yg jaga kaunter tu,ak ai tu,
hurm x sempat nk ckap kwan ak dah dapat bilik dia,ok la tutup citer tu,
ai tu kul 3.30 ptg,kami diarah turum untk orientasi,b4 tu sempat la ak solat zohor,
eh boleh pulak ak dgn kawan ak terkunci dari dalam,
terpaksa la terjerit terlolong kejap untk mi mtak tlg kat housemate,fuh nasib ad yg sgup turun kt bwah untk maklumkn kt fasi,
so ada la dalam sejam jugak,
kesnye tombol bilik tu dah rosak n terpaksa diganti baru,
jadi nt adik2x hati2x yer dgn pintu bilik kat palam,nge~~~..,.
in sya Allah nt ak post pic palam ok,..
orientasi,fuh punye la penat,palam n dah la luas,kna gerak sane gerak sini,
nak patah kaki ak..dan sb itu la,
next day kami kna pkai bju kurung dan berkasut sukan,rasa pelik kejap,huhu..
erk ape ak merapu n.,. '_' ..
ok la,orientsi kt sini best la jgak,akak2tx n abg2x ak tgok bapak penat,ye la nk gerakkan kami gulz asasi yg hampir 2000,yg laki ad la dalam 1600 lebih,
tp kami punye orientasi diasingkan antra lelaki n perempuan,ini yg best,hehe....
tp yg first day memang sgt2x pent,kami tdow dlm kul 2 pg n kna bangkit pukul 4 pg sb pkul 5 pg dah kna kumpul,hee nk nanges kejap kes x ckup tdow,ak n dah la k raja tido..
.tp esoknya 6.30 pg kna kumpul,so ok laa cket..
ok la now,
 UiTM di hatiku!