MDS aku tak suka MDS!!
melampau bunyi nyer kan?
Jangan marah ok abang2x and akak2x fasi..:)
sepanjang minggu MDS tekanan sememangnya dapat kami rasakan
lebih2x lagi apabila jam biology kami terganggu.
Yelaa sesiapa pun akan merasa tekanan
apabila rutin tidur harian yang kebiasaannya 6-7 jam sehari
tetiba berubah kepada 2-3 jam sehari.
tambahan pula apabila segalanya peru dilakukan secara pantas,
makan minum,solat dan sebagainya.
Arahan sentiasa diberi setiap masa.
Ramai yang mengeluh itu dan ini.
Tiba2x ak terfikir
selama 6 bulan aku tanam anggur kat rumah,
aku bebas melakukan apa sahaja,
Tapi di minggu MDS segalanya diatur dan diarah,
ERR... apatah lagi akak2x n abang2x fasi agak garang..ngeee~~....xde lah...gurau jerr
Dalam sekelip mata Allah menarik sedikit nikmat kelapangan masa yang pernah ak ada.
Jika sebelum ini jarang sekali kita mingucap syukur di atas nikmat kelapangan masa yang kita ada bukan?
pernah tak kita ucap alhamdulillah kerana dapat tidur dengan secukupnya?
haa tu baru bab tidur.
Macam mane pulak dengan makan?solat?waktu lapang?waktu senang?dan sewaktunya dengan nya.
Terasa diri ni jahil apabila sedikit sahaja nikmat itu ditarik,
aku sudah mula mengeluh..cepat2x ku istighfar kerna
mengeluh???Bukanlah sesuatu yang baik ok..
Kalau boleh..setiap kali rasa nak mengeluh tu...kita tukarkan dengan...ayat...Astagfirullaalazim...MasyaAllah...Allahuakhbar...Tukarkan dengan ayat zikir nama Allah..itu lebih baik dan sedap telinga mendengar tau...
Mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasib orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang
yang mengeluh, jika ia mati sebelum
taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka."
(Riwayat oleh Imam Majah)
dipetik dari : http://www.silampuneon.com/2013/01/allah-melarang-hambanya-mengeluh.html
nak mintak maaf di atas segala kesalahan yang saya lakukan secara sengaja atau tidak sengaja kepada abang2x n akak2x fasi MDS ASASI SAINS PUNCAK ALAM JUN 2013,serta sahabat-sahabat seperjuangan ASASI SAINS N ASASI KEJURUTERAAN UITM PUNCAK ALAM sesi 2013/2014.
acctually nak letak lirik lagu,erm tapi x pe laa...
saya x ingat..
nanti ada masa saya update balik ok:)
Assalamualaikum
SELAMAT MAJU JAYA SEMUA..
No comments:
Post a Comment