Friday, 18 October 2013

JODOH ITU MILIK TUHAN

Jodoh???
persoalan yang sentiasa buat aku rimas....Den pon tak tau kenapo...
kalo cuti paasti ramai yang bertanya...haiyyaaaa naik rimas pon adoo...
jawapan paling senang...sampai seru kawen la,,,,
eh calon??
oooooooooo itu aku tak pikir....
keep calm...
Allah sudah siapin semuanya,,,belum tiba waktunya lagi ok 
sbenarnya aku rimas dengan orang-orang yang tak habis-habis tanya
xderk pak we ke?
grrr bukan ker couple itu haram?
hahaha...amik..tanya sangat...
daripada aku sibuk cari siapa  jodoh aku
lebih baik aku cari jodoh aku dengan soalan exam,,,hahaha
naaah itu lagi bagus dong
siapin diri untuk menjadi isteri solehah...lagi bagus...
jodoh itu sudah ditetapkan
sudah ramai pasangan yang aku tengok gagal ke pelamin
naaah jadi apa gunanya couple dong....
kalau bab2x nak jodohkan
eh saya muda lagi
saya nak blajo
itu jawapan paling baik yerr
bagi aku isu ber couple ini sudah lame...
aku tak nampak sikit pun faedahnyer ape...
yang aku nampak semuanya menbuang
apa itu??
membuang waktu
membuang wang
membuang waktu lapang yang sepatutnya aku guna untuk benda yang sepatutnya aku buat...
hidup pun dalam dunia ciptaan sendiri
mata dibutakan dengan nikmat maksiat
apakah?
sahabat sayang
islam itu indah
islam mengajar
cinta kita sangat limited,,
hanya untuk yang selayaknya sahaja ok :)
suka aku tengok bila pasangan disatukan atas nama islam
oh so sweet
lagi sweet dari pasangan yang dah ber couple bertahun lamanya
mereka tidak bercinta,,tidak berhubung
dan hamya dipertemukan apabila  untuk majlisbertunang dan berkahwin sahaja
bukankah itu lagi sweet?
ramai yang cakap
u x couple u kolot
yes i kolot sebab cinta ni hanya untuk yang selayaknya bukan untuk dibagi pada bukan muhrim
couple then clash...pas tu cari yang lain pulak,,couple lagi clash lagi....
eh hidup kita ni hanya uttuk itu ke?
makan aiskrim sambil tengok hagemaru dengan adek lagi bagus laa
eheh??
sape kolot..u ke i sekarang??
pernah seorang sahabatku bercerita yang dia pernah menyuarakan satu soalan kat seorang akak ni
akak yang sememangnya aku tak kenal pon..
saya nak kawen dengan lelaki soleh
tapi diri  ni macam tak layak...
tapi akak tu jawab
so layakkan diri awak,,
hurm macam mana?
siapkan diri awak untuk menjadi bakal isteri yang solehah
itu yang sepatutnya awak buat...
waah..aku hanya tersenyum...
ada betulnya...
refer tu surah Nur...suka bca tafsir yang pasal
'Lelaki yang baik uttuk perempuan yang baik'
ilmu itu cahya dan cahaya tidak akan menembusi hati yang bermaksiat
naah couple itu maksiat so
say no to couple kalau awak2x nak berjaya :)




Friday, 11 October 2013

PERANCANGAN DIA


Sebuah perjalanan hidup yang tidak pernah aku duga akan berubah sedemikian rupa..
Menukar penampilan diri bukanlah perancangan ku.Cuma dulu aku selalu tertanya,macam mana aku boleh ke syurga kalau aku tak menutup aurat dengan sempurna..Redha kah DIA?

Semuanya bermula bila aku melangkah ke sebuah sekolah sewaktu tingkatan 4.
Peraturan kat sana..mak aaih...berstokin,tudung dijahit tengah,baju kena labuh.
Waah,,apakah ini?Awalnya aku tak nak,,,
jadi aku cuba untuk tidak bersarung kaki bila cikgu disiplin xderk...
tapi tak bertahan lama bila ada yang menegur...

'kenapa kau x pakai sarung kaki'
'err.....sarung kaki aku basuh laa'
'hurm..nanti kau pakai erk,,,kaki tu aurat'

naah amiik...bila budak kelantan berbicara
soal lengan plak...
dah jadi kelaziman bila panas ak sinsing lengan ni
kali ni pun ada yang menengur
tetiba datang terus cakap
'err turunkan lengan baju kau tu'
maak aih bukan main terkejut lagi aku
so nak tak nak semua benda kena tutup.
keadaan x sama dengan aku di sekolah lame,,
xderk yang berani tegur pun..
tapi aku tak pernah marah kalau ada yang menegur,,,
just buat apa yang disuruh...

diri masih x faham...
suatu hari bila cuti semesta..
kawan baik aku yang sorang ni teks..
'jom pegi usrah'
aku jusk 'ok'
dia teks lagi
'tapi aku berjubah,kau ok ker?waktu ni kawan aku baru berhijrah
lol,,so what,,,pakai la apa yang kau nak pakai aku tak kisah,,pakai lah apa yang kau selesa...

air mata mula berlinang,,,,dan aku pun tak tahu kenapa...feel lost

aku teks kawan aku sorang lagi.Aku tertanya-tanya bagai mana seorang kristian yang hidup nya diuji dengan begitu besar sekali boleh kembali revert to islam...boleh berfikir yang islam itu adalah agamanya,,boleh merubah hidupnya.,,sedangkan aku yang hidup 17 tahun waktu tu hanya menjalani kehidupan sekadar islam..

'lily,,,aku nak tanya foxxie something boleh?kau jadi perantaraan.

'n she just,,ok tanya laa'

why u choose ISLAM?and his answer
Cuz other religion worship statues lol wtf. If Jesus is the son of God then why aren't you worshipping the God himself?Its been 2 years i'm learning, I got in cuz i needed a place to hold on to

So what happens to ur life after u revert to islam?
Oh i lost a lot of friends and got a lot of negative comments too.I can't liee i feel down about it.Whatever, they don't know your heart.Plus u live cuz of Allah,not for them

dan aku terus bertanya,,,macam mana dia boleh bertahan dengan Islam,,,hurm bukan benda yang mudah untuk saudara baru,,,
But i remind myself why i choose it, i mean, i just gotta be patient with changes.Cuz they're good for me..anyway hahaha...i don't get mad about shitty life anymore~pasrah XD

Hurm yang ini aku lupa apa yang aku tanya sampai dia jawab macam ni
uh.like this i had a hard time to make that big dicission..but like..whenever i feel lost or crashing..God is at the end,ready to catch me.u say u're lost,,then why not find ur way back to HIM.?its not hard.He's everywhere to be found 
'If u totally lost hope in everything,say Allah guide me,u know of thing i don't,i put trust on YOU only..
(u will feel better,,believe me)

Dan aku waktu tu,,,,,,aku masih belum temui apa yang aku cari...

keadaan kembali seperti biasa..kesibukan pada spm buat aku lupa pada yang aku cari...

Setelah selesai SPM...ape lagi..enjoy sakan di rumah...
tapi ada yang aku temui bila di rumah...
berada di samping seorang sahabat ini banyak megajar ku..
apa yang boleh aku katakan hidayah untuk dia adalah tarbiyyah buat diri aku.

aku kagum dengan perubahan diri dia,,dan dia juga tidak pernah memaksa aku untuk berubah.

Aku mula berjinak dengan usrah yang diadakan setiap minggu di sebuah masjid di bandar daerahku.
semakin hari semaki aku mencari...aku tertanya-tanya macam mana orang boleh berubah sekelip mata.

bermula suatu malam...
aku ni sangat suka dengan tutorial tudung,,,aku terpandang satu tajuk 'hijrah tudung labuh'
aku tekan,,dan ternyata video pendek tu mampu menggugat hati aku ni...Ya Allah banyak nyer salah aku,,dengan adik lelaki aku,,dengan bapa aku lagi,,semuanya kerana pakaian,,,

Bukan mudah utuk berubah,,Aku mengambil jalan dengan mula berjinak dengan sarung kaki dan sarung tangan,,,

dan kebetulan sesi tanam anggur aku dah habis,,
tiba masa untuk sambung belajar
dan aku nekad untuk menukar penampilan aku seminggu sebelum melangkah ke alam universiti.

kata orang kalau dah masuk u ni banyak dugaan..

Tapi Allah itu Maha Berkuasa,,Alhamdulillah Dia tolong aku untuk beristiqamah.

Di sini secara tidak sengaja aku ter join persatuan rakan masjid.Awalnya aku dikhabarkan prm ni hanya beri usrah untuk ahlinya,,hurm waktu itu memang aku tengah cari usrah,,,dengan prm ni aku kenal ramai kwan2x yang baik dan yang boleh terus membantu aku untuk terus istiqamah di jalan ni..

Dan di sini la aku merasa manisnya makan bersama,solat berjemaah bersama,,dan manisnya ukhwah itu sendiri.

Dan rakan2x sekelas pun banyak membantu..peringatan demi peringatan,,nasihat yang tidak henti...sangat aku perlukan waktu ni.Nak harapkan iman ku..oh aku rasa aku tak terdaya untuk berdiri sendiri.Iman ini bila bila sahaja boleh roboh.

Sampai sekarang aku masih tidak percaya bagai mana jalan hidup ni boleh berubah.tak pernah terfikir untuk pakai tudung labuh,,,berkawan dengan orang yang pakai tudung labuh...merasai manisnya ukhwah..Tipu laa kalau aku kata orang sekeliling tidak peduli..ada yang menggelar aku ustazah,,,yang pandang atas ke bawah pun ada...tapi apa boleh aku buat,,ni pilihan aku...hidup aku,,untuk aku puaskan hati semua orang,,oh memang tak la..hidup perlu dijalani...ada juga yang tak boleh terima perangai brutal ribena ni...,,,,perangai brutal ribena aku ni rasanya akan tetap kekal sebab ini lah diri aku...aku tak boleh nak hipokrit,,lagipun sikap ni kekadang banyak bantu diri aku untuk lindungi diri ni..
aku x boleh nak menjadi seayu orang lain sebab itu bukan diri aku
aku x sehebat siti khadijah dan aisyah....
tapi aku akan mencuba utuk meraih redhaNya

Friday, 4 October 2013

SOLAT???

Assalamualaikum,,,
alhamdulillah,,,,
1 subject left and i can go home..... :)
ohoii sempat ber blog yer,,,
nak buat macam mano salah satu caro den release tension..eheh
lain orang lain gaya nyer....
ok bismillahirrahmanirrahim
solat???
berapa ramai yang tahu erti bacaan solat...
aku mengaku...diri sendiri pun belum penuh mengusai makna bacaan solat..
alhamdulillah masa di tumpat dulu ustazah aku ni pernah paksa kami hafal makna surah Al-Fatihah and makna surah Al-Ikhlas dalam masa yg amat singkat...
huh kena paksa baru boleh ingat...
tekanan memang banyak mengajar manusia
and sikit demi sikit i'm try to learn....
hopefully dapat hafal completely plak..amiin..doa-doakan yer :)
ada satu video ni...yang sangat senang untuk kita hafal makna bacaan solat ni....

http://www.youtube.com/watch?v=ctd9Va4_CIw



menarik,,rinkas,,,padat dan mudah
ceeh~~ macam promoter plak


dan ada satu kisah ni,,,copy n pasta dari seorang sahabat :)...satu perkongsian menarik di dinding muka buku.,,nah...silakan baca yer,,semoga bermanfaat


Nota Hati Seorang Lelaki | 114 Surat Cinta Yang Tersia

October 4, 2013 at 7:53pm
Hampir tiga perempat daripada keseluruhan peserta tidak mengetahui makna bacaan solat. Keputusan ujian yang dijalankan secara santai sebentar tadi sangat mengejutkan. Apa tidaknya, ada yang telah berusia hampir mencecah separuh abad, ertinya telah lebih tiga atau empat puluh tahun lebih mengerjakan solat tanpa mengetahui maknanya! Bayangkan tiga puluh tahun, tempoh yang cukup lama, bukan sekadar cukup memahami bacaan solat bahkan lebih daripada cukup untuk menjadi seorang hafiz!


            “Bagus, ustaz buat ujian macam ni,” kata seorang peserta.

            “Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang kita tak tahu,” tambahnya lagi.

            “Betul-betul ke kita ni tidak tahu yang kita tidak tahu sebelum ini?” celah saya separuh mengeluh, separuh mengutuk (diri sendiri).

            “Apa maksud ustaz?”

            Saya senyum. Bukan untuk berteka-taki, tetapi sekadar mencari ketepatan makna di sebalik kata-kata.

            “Saya rasa selama ni pun kita dah tahu yang kita tidak tahu makna bacaan solat ni. Tetapi hanya bersikap tidak apa, tunggu atau nantilah. Sedar tak sedar, sikap sambil lewa kita itu berlarutan hingga puluhan tahun,” ujar saya lagi.

            Dia diam. Kemudian mengangguk-angguk. Setuju barangkali.

            “Yalah, ustaz. Kita tidak serius dengan solat.”

            “Punca tidak serius sebab kita rasa solat ni tak penting,” tambah saya.


            “Bagaimana nak rasa solat ni penting?”

            “Walaupun kita dah tahu ia memang penting?”

            “Betul tu. Kita tahu kepentingannya tapi tak terasa… Tertinggal solat tak rasa rugi, tak rasa bersalah atau tak rasa kesal.”

            “Tapi kalau hilang duit? Terbakar rumah? Harga barang naik?”

            “Wah, tu terasa betullah ustaz…”

            Kami sama-sama senyum. Tapi senyum tawar. Kesal bercampur hambar.

            “Siapa yang rasa solat ni betul-betul penting?”

            “Nabi Muhammad SAW.”

            “Kemudian?”

            “Para sahabatnya.”


            “Mengapa Rasul dan sahabatnya begitu pentingkan solat?”

            Sepintas lalu, teringat kisah bagaimana kaki Rasulullah SAW sehingga bengkak-bengkak akibat terlalu lama berdiri dalam solat. Terbayang pula bagaimana Sayidina Abdul Rahman bin Auf r.a. tega menginfakkan seluruh kafilah yakni unta-unta dan segala isinya kerana ingin menebus kelewatannya bertakbiratulihram dalam solat berjemaah pimpinan Rasulullah.

            “Mengapa kita berbeza dengan mereka?” detik hati saya, juga tertanya-tanya.

            Semalam ketika terhimpit di celah kesesakan lalu lintas sempat saya melihat betapa ramainya orang Melayu berondong-bondong ke pasar malam untuk membeli-belah walaupun pada ketika itu waktu masuknya solat Maghrib tinggal beberapa minit sahaja lagi.


“Sebab kita tak terasa Allah penting dalam kehidupan kita,” akhirnya saya bersuara bersama sebuah keluhan.

“Kita hanya akan berhubung dengan seseorang bila kita rasakan dia penting atau diperlukan. Bayangkan betapa resahnya jika kita tidak dapat berhubung dengan ibu bapa, anak isteri, bos, saudara dan teman rapat kita.”

“Saya ada pengalaman tu ustaz. Pada satu ketika saya berkursus di satu tempat yang berada di luar kawasan liputan, telefon bimbit tidak dapat digunakan langsung. Saya resah, betul-betul resah, tiga hari tak dapat berhubung dengan orang yang penting sepanjang tempoh di situ.”

Kalaulah rasa semacam itu dapat kita miliki ketika terlambat lebih-lebih lagi terluput waktu solat, alangkah baiknya, detik saya dalam hati.


“Allah lebih penting daripada segala-galanya. Sebab DIA-lah yang mengadakan segala-galanya itu untuk kita.”

“Kita dilimpahi jutaan nikmat.”

“Tapi kita melupakan Pemberi nikmat.”

“Sepatutnya kita hitung kesyukuran.”

“Sebaliknya kita hitung kesukaran.”

(Dialog-dialog hati ini menerjah silih berganti.)


“Bayangkan, kita umpama burung kakak tua yang berkata-kata tanpa memahami makna. Tidak hairanlah kalau hati kita lalai dalam solat. Jika tidak faham, bagaimana hendak menghayatinya? Kita sujud, tapi hati tidak sujud. Kita ucapkan ‘subhanallah’ tetapi tidak terasa sedang mensucikan-Nya.

“Itu baru kalimat yang mudah-mudah. Belum lagi doa Iftitah, Al-Fatihah, tasyahud, Qunut dan lain-lain. Dah hafal tapi tak faham maknanya.

“Itu dah kira baik, ramai juga yang masih tidak hafal bacaan solat,” tambahnya.

“Tu yang solat. Yang tak solat?”

“Tak hairan kemungkaran berleluasa di tengah masyarakat. Bila tak solat, mana ada kemampuan dalam diri untuk tidak melakukan kejahatan dan kemungkaran?”


“Cukuplah tu, sekarang kita kira kita dulu. Mari kita semak semula makna tersurat dan tersirat pada rukun qauli, qalbi dan fik’li ni.”

“Ustaz, ni baru sedikit. Hanya beberapa kerat ayat Quran, selawat, tasbih, takbir dan tahmid, macam mana agaknya dengan 6,666 ayat dalam al-Quran tu ya?”

Saya terdiam. Betapa terasa agama ini kita ikuti tanpa erti, kita amalkan tanpa penghayatan. Seperti pelajar yang membaca buku tetapi tidak faham, bolehkah dia lulus dalam peperiksaan.


Ya, bayangkan bagaimanakah agaknya rasa kita kalau menerima sepucuk surat daripada seorang kekasih, tetapi kita tidak faham apa yang dituliskannya. Allah – “Kekasih” orang beriman itu telah mengutus 114 surahnya; betapa surah yang kita telah tahu maknanya, faham tafsirannya, amal kehendaknya dan perjuangkan tuntutannya? Benar-benarkah kita cintakan Allah jika “surat cinta”-Nya (dalam al-Quran) tidak kita usahakan untuk membaca, memahami dan menghayatinya? Alhasil, 114 surat cinta-MU kami persiakan begitu sahaja…


Ya Allah, ampunilah kami yang jauh daripada solat, jauh daripada al-Quran, justeru terlalu jauh dengan-MU! Astaghfirullah hal’azim. Bukan Kau ya Allah yang jauh, tapi kami ini yang menjauh.

Buku: Nota Hati Seorang Lelaki

Penulis: Ustaz Pahrol Mohd. Juoi

Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Terbitan: Cetakan Pertama (April 2009)

Bab: 114 “Surat Cinta” Yang Tersia

Muka surat: 172 - 175