alhamdulillah,,,,
1 subject left and i can go home..... :)
ohoii sempat ber blog yer,,,
nak buat macam mano salah satu caro den release tension..eheh
lain orang lain gaya nyer....
ok bismillahirrahmanirrahim
solat???
berapa ramai yang tahu erti bacaan solat...
aku mengaku...diri sendiri pun belum penuh mengusai makna bacaan solat..
alhamdulillah masa di tumpat dulu ustazah aku ni pernah paksa kami hafal makna surah Al-Fatihah and makna surah Al-Ikhlas dalam masa yg amat singkat...
huh kena paksa baru boleh ingat...
tekanan memang banyak mengajar manusia
and sikit demi sikit i'm try to learn....
hopefully dapat hafal completely plak..amiin..doa-doakan yer :)
ada satu video ni...yang sangat senang untuk kita hafal makna bacaan solat ni....
http://www.youtube.com/watch?v=ctd9Va4_CIw
menarik,,rinkas,,,padat dan mudah
ceeh~~ macam promoter plak
dan ada satu kisah ni,,,copy n pasta dari seorang sahabat :)...satu perkongsian menarik di dinding muka buku.,,nah...silakan baca yer,,semoga bermanfaat
Nota Hati Seorang Lelaki | 114 Surat Cinta Yang Tersia
Hampir tiga perempat daripada keseluruhan peserta tidak mengetahui makna bacaan solat. Keputusan ujian yang dijalankan secara santai sebentar tadi sangat mengejutkan. Apa tidaknya, ada yang telah berusia hampir mencecah separuh abad, ertinya telah lebih tiga atau empat puluh tahun lebih mengerjakan solat tanpa mengetahui maknanya! Bayangkan tiga puluh tahun, tempoh yang cukup lama, bukan sekadar cukup memahami bacaan solat bahkan lebih daripada cukup untuk menjadi seorang hafiz!
“Bagus, ustaz buat ujian macam ni,” kata seorang peserta.
“Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang kita tak tahu,” tambahnya lagi.
“Betul-betul ke kita ni tidak tahu yang kita tidak tahu sebelum ini?” celah saya separuh mengeluh, separuh mengutuk (diri sendiri).
“Apa maksud ustaz?”
Saya senyum. Bukan untuk berteka-taki, tetapi sekadar mencari ketepatan makna di sebalik kata-kata.
“Saya rasa selama ni pun kita dah tahu yang kita tidak tahu makna bacaan solat ni. Tetapi hanya bersikap tidak apa, tunggu atau nantilah. Sedar tak sedar, sikap sambil lewa kita itu berlarutan hingga puluhan tahun,” ujar saya lagi.
Dia diam. Kemudian mengangguk-angguk. Setuju barangkali.
“Yalah, ustaz. Kita tidak serius dengan solat.”
“Punca tidak serius sebab kita rasa solat ni tak penting,” tambah saya.
“Bagaimana nak rasa solat ni penting?”
“Walaupun kita dah tahu ia memang penting?”
“Betul tu. Kita tahu kepentingannya tapi tak terasa… Tertinggal solat tak rasa rugi, tak rasa bersalah atau tak rasa kesal.”
“Tapi kalau hilang duit? Terbakar rumah? Harga barang naik?”
“Wah, tu terasa betullah ustaz…”
Kami sama-sama senyum. Tapi senyum tawar. Kesal bercampur hambar.
“Siapa yang rasa solat ni betul-betul penting?”
“Nabi Muhammad SAW.”
“Kemudian?”
“Para sahabatnya.”
“Mengapa Rasul dan sahabatnya begitu pentingkan solat?”
Sepintas lalu, teringat kisah bagaimana kaki Rasulullah SAW sehingga bengkak-bengkak akibat terlalu lama berdiri dalam solat. Terbayang pula bagaimana Sayidina Abdul Rahman bin Auf r.a. tega menginfakkan seluruh kafilah yakni unta-unta dan segala isinya kerana ingin menebus kelewatannya bertakbiratulihram dalam solat berjemaah pimpinan Rasulullah.
“Mengapa kita berbeza dengan mereka?” detik hati saya, juga tertanya-tanya.
Semalam ketika terhimpit di celah kesesakan lalu lintas sempat saya melihat betapa ramainya orang Melayu berondong-bondong ke pasar malam untuk membeli-belah walaupun pada ketika itu waktu masuknya solat Maghrib tinggal beberapa minit sahaja lagi.
“Sebab kita tak terasa Allah penting dalam kehidupan kita,” akhirnya saya bersuara bersama sebuah keluhan.
“Kita hanya akan berhubung dengan seseorang bila kita rasakan dia penting atau diperlukan. Bayangkan betapa resahnya jika kita tidak dapat berhubung dengan ibu bapa, anak isteri, bos, saudara dan teman rapat kita.”
“Saya ada pengalaman tu ustaz. Pada satu ketika saya berkursus di satu tempat yang berada di luar kawasan liputan, telefon bimbit tidak dapat digunakan langsung. Saya resah, betul-betul resah, tiga hari tak dapat berhubung dengan orang yang penting sepanjang tempoh di situ.”
Kalaulah rasa semacam itu dapat kita miliki ketika terlambat lebih-lebih lagi terluput waktu solat, alangkah baiknya, detik saya dalam hati.
“Allah lebih penting daripada segala-galanya. Sebab DIA-lah yang mengadakan segala-galanya itu untuk kita.”
“Kita dilimpahi jutaan nikmat.”
“Tapi kita melupakan Pemberi nikmat.”
“Sepatutnya kita hitung kesyukuran.”
“Sebaliknya kita hitung kesukaran.”
(Dialog-dialog hati ini menerjah silih berganti.)
“Bayangkan, kita umpama burung kakak tua yang berkata-kata tanpa memahami makna. Tidak hairanlah kalau hati kita lalai dalam solat. Jika tidak faham, bagaimana hendak menghayatinya? Kita sujud, tapi hati tidak sujud. Kita ucapkan ‘subhanallah’ tetapi tidak terasa sedang mensucikan-Nya.
“Itu baru kalimat yang mudah-mudah. Belum lagi doa Iftitah, Al-Fatihah, tasyahud, Qunut dan lain-lain. Dah hafal tapi tak faham maknanya.
“Itu dah kira baik, ramai juga yang masih tidak hafal bacaan solat,” tambahnya.
“Tu yang solat. Yang tak solat?”
“Tak hairan kemungkaran berleluasa di tengah masyarakat. Bila tak solat, mana ada kemampuan dalam diri untuk tidak melakukan kejahatan dan kemungkaran?”
“Cukuplah tu, sekarang kita kira kita dulu. Mari kita semak semula makna tersurat dan tersirat pada rukun qauli, qalbi dan fik’li ni.”
“Ustaz, ni baru sedikit. Hanya beberapa kerat ayat Quran, selawat, tasbih, takbir dan tahmid, macam mana agaknya dengan 6,666 ayat dalam al-Quran tu ya?”
Saya terdiam. Betapa terasa agama ini kita ikuti tanpa erti, kita amalkan tanpa penghayatan. Seperti pelajar yang membaca buku tetapi tidak faham, bolehkah dia lulus dalam peperiksaan.
Ya, bayangkan bagaimanakah agaknya rasa kita kalau menerima sepucuk surat daripada seorang kekasih, tetapi kita tidak faham apa yang dituliskannya. Allah – “Kekasih” orang beriman itu telah mengutus 114 surahnya; betapa surah yang kita telah tahu maknanya, faham tafsirannya, amal kehendaknya dan perjuangkan tuntutannya? Benar-benarkah kita cintakan Allah jika “surat cinta”-Nya (dalam al-Quran) tidak kita usahakan untuk membaca, memahami dan menghayatinya? Alhasil, 114 surat cinta-MU kami persiakan begitu sahaja…
Buku: Nota Hati Seorang Lelaki
Penulis: Ustaz Pahrol Mohd. Juoi
Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Terbitan: Cetakan Pertama (April 2009)
Bab: 114 “Surat Cinta” Yang Tersia
Muka surat: 172 - 175

Ya Allah, ampunilah kami yang jauh daripada solat, jauh daripada al-Quran, justeru terlalu jauh dengan-MU! Astaghfirullah hal’azim. Bukan Kau ya Allah yang jauh, tapi kami ini yang menjauh.
Buku: Nota Hati Seorang Lelaki
Penulis: Ustaz Pahrol Mohd. Juoi
Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Terbitan: Cetakan Pertama (April 2009)
Bab: 114 “Surat Cinta” Yang Tersia
Muka surat: 172 - 175
No comments:
Post a Comment